Karier antarabangsa Eliaquim_Mangala

Mangala sebagai kapten Perancis bawah-21 pada bulan Oktober 2011

Kerana dibesarkan di Belgium, Mangala tidak beraksi dalam pasukan belia Perancis. Pada tahun 2008, dia didatangi oleh Persatuan Bola Sepak Belgium yang memanggilnya ke pasukan bawah-18 negara itu. Walau bagaimanapun, kerana tidak memiliki pasport pada masa itu, panggilan itu dianggap sia-sia. Selepas cemerlang bersama pasukan senior Standard Liège, Mangala menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Perancis dengan pengurus Perancis bawah-21, Erick Mombaerts menghadiri perlawanan Liège menentang Mouscron di Stade Le Canonnier pada bulan November.[25] Pada 5 November 2009, Mangala dipamggil buat pertama kali ke pasukan bawah-21 untuk perlawanan persahabatan menentang Tunisia pada 13 November dan perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah bawah-21 UEFA 2011 menentang Slovenia pada 17 November. Mangala membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 ketika menentang Tunisia, tetapi terlepas perlawanan menentang Slovenia selepas menarik diri daripada pasukan kerana mengalami kecederaan semasa latihan.

Mangala membuat penampilan sulungnya untuk pasukan senior Perancis ketika kekalahan 1–0 kepada Uruguay pada 6 Jun 2013.[26] Dia dimasukkan ke dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 tetapi tidak membuat sebarang penampilan dalam pertandingan itu.[27]

Rujukan

WikiPedia: Eliaquim_Mangala http://www.dhnet.be/sports/genk/article/228529/tit... http://www.standard.be/fr/c_match.php?id=3451 http://standard.sudpresse.be/player-834-mangala-el... http://eliaquim-mangala.com http://www.eliaquim-mangala.com/en/component/conte... http://www.espnfc.com/story/1980650/manchester-cit... http://www.goal.com/en-gb/news/2885/europe/2011/08... http://www.premierleague.com/content/dam/premierle... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://serbenfiquista.com/forum/geral/14aj-liga-zo...